Laman Utama Hubungi Kami  

0
0
0
HARI LAGI

 
 


Berita Terkini
     
  HALFEST KEMBALI!
9 Mei 2013

Tempahan untuk ruang pameran HALFEST 2013 kini dibuka! Sila hubungi talian berikut untuk keterangan lanjut atau klik untuk pendaftaran secara online

Bahagian Pemasaran
Sekretariat HALFEST
Tel: 03 6203 4433
Faks: 03 6203 4422
Emel: mktg@halal.org.my

PPIM & DPMM BEKERJASAMA UNTUK MENYOKONG PERUSAHAAN MIKRO HALAL SEMPENA HALFEST 2012
25 Sep 2012
Kuala Lumpur, 25 September- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini telah mengumumkan tawaran istimewa bagi usahawan-usahawan bumiputera yang diperakui Halal untuk turut serta dalam Fiesta Halal Malaysia (HALFEST 2012) dengan menawarkan subsidi sebanyak 50 peratus bagi 50 gerai yang telah ditetapkan di HALFEST.



HALFEST 2012 adalah ekspo pengguna Halal terbesar di Malaysia yang memberikan sebuah platform bagi pengeluar halal tempatan untuk mempromosi dan memperluas produk dan perkhidmatan halal mereka terus kepada pengguna. Dengan adanya usahasama antara agensi-agensi sektor awam dan swasta, inisiatif HALFEST bertujuan untuk membantu pembangunan perusahaan mikro melalui platformnya dan melalui pelbagai program yang dirancang untuk diadakan sepanjang acara tersebut. Harga biasa ditetapkan pada RM3,300 dan dengan tawaran ini, perusahaan mikro bumiputera cuma perlu membayar RM1,650 untuk turut serta sepanjang ekspo lima hari itu.

“Kami menawarkan peluang ini kepada usahawan bumiputera yang mempunyai pensijilan Halal untuk memastikan bahawa perusahaan mikro diberi peluang untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang lebih lama bertapak dan untuk memperluaskan perniagaan mereka melalui penjenamaan dan promosi,” kata Haji Hanafee bin Yusoff, Setiausaha Agung bagi DPMM. Beliau menekankan, “HALFEST merupakan platform strategik yang menyediakan peluang untuk usahawan berinteraksi secara langsung dengan pengguna tempatan dan juga membuka peluang kepada pembeli yang mencari produk dan perkhidmatan halal.”



Ekspo itu julung kali diadakan pada tahun lepas dan mendapat respons daripada lebih 500 syarikat dan menarik lebih daripada 50,000 pengunjung. Tahun ini, HALFEST disasarkan akan menarik minat lebih 70,000 pengunjung melalui pelbagai program yang dirancang sepanjang acara tersebut.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, “Saya galakkan sepenuhnya perusahaan mikro bumiputera supaya merebut peluang ini dan turut serta dalam HALFEST. Acara ini memberikan mereka tempat untuk berkumpul dan belajar daripada pakar-pakar industri dalam industri halal tempatan. Tambahan pula, para pengguna dapat belajar tentang produk dan perkhidmatan halal yang ada dalam pasaran dan dapat membuat pembelian mereka dengan penuh yakin.”



Terdapat hanya 50 gerai untuk direbut, justeru itu, perusahaan mikro bumiputera yang berminat digalakkan bertindak cepat dan tidak terlepas peluang menjadi sebahagian daripada ekspo halal terbesar di Malaysia.

Mohd. Shukri Abdullah, Pengurus Besar Shapers Malaysia berkata, “HALFEST meliputi semua sektor dalam industri Halal. Terdapat lebih 700 gerai mewakili sektor makanan dan minuman, produk farmaseutikal dan herba, kosmetik dan penjagaan peribadi, fesyen Muslimah, mesin pempakejan dan sebagainya.” Beliau turut berkata, “Pengunjung boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memasak, pertunjukan fesyen, demonstrasi memasak dengan Chef Zam dan selebriti-selebriti tempatan dan lain-lain.”



HALFEST 2012 akan diadakan bermula 10 hingga 14 Oktober 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. HALFEST dibawakan oleh CIMB ISLAMIC Bank Berhad dan dihoskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC), dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dengan kerjasama khas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bersama rakan strategik, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Hubungi Sekretariat HALFEST di talian 03 62034433 untuk mendaftar dan terima potongan sebanyak 50 peratus daripada kos gerai yang ditetapkan.

“A RAMADHAN EVENING WITH EMYSTIC” (klik untuk maklumat lanjut)
13 Ogos 2012
Bersempena dengan HALFEST 2012, Ploof Sdn Bhd telah menganjur malam berbuka puasa dan pertunjukan fesyen pada 13 Ogos untuk rakan-rakan media. "A Ramadhan Evening with Emystic" mempamerkan beberapa pakaian dari Koleksi Eksklusif Emystic 2012 yang memberi tumpuan kepada butiran serta reka bentuk elegan yang diilhamkan oleh fesyen 1960-an. Selepas peragaan fesyen, terdapat juga sesi temu bual Ploof bersama-sama pengasas HALFEST 2012, En. Mohd. Shukri Abdullah.



Diterajui oleh Pengarah Urusan Ploof, Pn. Siti Aishah Mohamed Hanif, Emystic akan mempamerkan koleksi penuh mereka di pertunjukan fesyen "Moslema In Style" di HALFEST 2012 pada 10 - 14 Oktober di PWTC, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen ini akan perarakan pelbagai rekaan fesyen yang bergaya dan tradisional bersama-sama pakaian pengantin dan pakaian kasual.



Selain daripada pertunjukan fesyen, Ploof juga akan menganjur aktiviti sampingan seperti bengkel solekan, bengkel "Hijab in Style" oleh Anizon dan kelas dandanan oleh Sara Hata.



Pastikan anda tandakan kalendar untuk pertunjukan fesyen "Moslema In Style" di HALFEST 2012!