| |
Apakah HALFEST 2012?
HALFEST atau Halal Fiesta Malaysia adalah sebuah ekspo konsumer mega khusus untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat sijil Halal yang sah. Ia secara spesifiknya adalah sebuah platfom promosi bagi syarikat dan usahawan dari industri Halal Negara untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan dengan peruncit-peruncit di Malaysia.
HALFEST berkonsepkan pameran bertaraf antarabangsa ala MIHAS tetapi dengan suasana yang lebih meriah dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti lawatan khas lebih 12 artis terkemuka tanahair, seminar dan forum Halal, demonstrasi masakan, kuiz, permainan dan banyak lagi.
Di samping itu, Halfest juga dapat membantu peserta-pesertanya menangani kebimbangan pengguna tentang integriti produk-produk halal yang menjadi isu hangat baru-baru ini kerana hanya syarikat yang benar-benar Halal sahaja akan dibenarkan menyertai Halfest.
Bila dan dimana HALFEST 2012 akan berlangsung?
HALFEST 2012 akan berlangsung dari 10 hingga 14 Oktober 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.
Bilakah pintu pameran HALFEST 2012 akan dibuka?
Pintu Pameran akan dibuka dari 10.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari kecuali hari terakhir sehingga 7.00 petang.
Siapa yang boleh mengunjungi HALFEST 2012?
Acara 5 hari HALFEST 2012 ini terbuka kepada orang awam dari semua peringkat masyarakat, kaum serta umur.
Adakah kanak-kanak dibenarkan masuk?
Ya. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi Halfest untuk memeriahkan lagi suasana acara!
Berapakah yuran yang perlu dibayar untuk masuk ke ruang pameran Halfest 2012?
Tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke HALFEST 2012. Masuk adalah percuma.
Apakah objektif HALFEST?
Objektif HALFEST adalah untuk:
- Meningkatkan permintaan produk Halal yang sah dengan mendidik dan menerapkan budaya Halal di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Islam supaya mengutamakan produk yang mempunyai logo halal yang sah untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga.
- Meningkatkan kesedaran di kalangan pengeluar dan pengilang di Malaysia akan kepentingannya mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya mereka menghasilkan produk yang layak memperolehi sijil halal dalam membantu mengukuhkan proses pemasaran dan penerimaan produk mereka di kalangan pengguna Islam.
- Menyediakan platfom promosi dan penjenamaan kepada syarikat dan usahawan dari industri Halal tempatan untuk memposisi serta memasarkan produk Halal mereka ke serata Malaysia, Sabah dan Sarawak sebelum mengembangkan perniagaan ke pasaran Global menerusi MIHAS.
Berapa syarikat yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan Halal mereka di HALFEST 2012?
HALFEST 2012 akan mengetengahkan 650 syarikat dan usahawan dari industri Halal negara melalui 727 ruang pameran yang disediakan.
Adakah syarikat multinasional boleh menyertai HALFEST 2012?
Ya, semua syarikat dari kecil, sederhana sehingga multinasional adalah dijemput untuk menyertai HALFEST 2012 dengan syarat syarikat tersebut mempunyai sijil Halal yang sah.
Apakah sektor industri yang mengambil bahagian dalam HALFEST 2012
Syarikat – syarikat yang menyertai Halfest 2012 adalah dari sektor makanan dan minuman, produk kecantikan, produk herma, farmaseutikal, restoran, hotel dan bakeri, institusi kewangan, pelaburan dan takaful, lojistik, badan pembangunan syarikat kecil dan sederhana, agensi kerajaan dari sektor Halal, penerbitan dan seni karya Islam dan fesyen Muslimah.
Berapakah bilangan pelawat yang dijangka akan mengunjungi HALFEST 2012?
Dijangkakan lebih 50,000 pelawat akan mengunjungi HALFEST 2012 berdasarkan kempen Pengiklanan & Promosi yang menelan belanja RM1.5 juta yang telah dan sedang kami laksanakan di seluruh negara.
Siapakah penganjur-penganjur HALFEST 2012?
HALFEST adalah sebuah ekspo berkonsepkan perkongsian strategik antara agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO yang terdiri daripada organisasi-organisasi berikut:
- Dihoskan oleh: Halal Industry Development Corporation (HDC)
- Dibawakan oleh: CIMB Islamic Bank Bhd
- Dianjurkan bersama oleh: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Kerjasama khas:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Dengan Sokongan & Kerjasama: Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) & Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Diuruskan oleh: Shapers Malaysia Sdn Bhd (SHAPERS)
Siapakah Shapers Malaysia Sdn Bhd?
Shapers Malaysia Sdn Bhd (SHAPERS) adalah organisasi yang telah mengasas, membangun dan mengurus the Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), sebuah pameran perdagangan Halal antarabangsa yang terbesar di dunia. Kini, MIHAS merupakan sebuah projek milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara Malaysia (MATRADE).
Apakah yang akan dipamerkan di HALFEST 2012?
-
Makanan dan Minuman Halal:
Makanan dan minuman, daging-daging, ternakan, produk makanan laut, makanan beku, produk organik yang disahkan halal, bahan mentah, bahan kimia makanan, pengemulsi dan bahan – bahan tambahan, makanan dalam tin, diproses dan produk daging siap, jeruk buah-buahan dan produk sayur-sayuran, coklat dan produk tenusu, gula-gula, biskut, pastri, snek dan gula-gula, suplimen kesihatan, multi-vitamin, produk farmasi dan herba.
-
Produk dan Perkhidmatan Bukan Makanan:
Minyak wangi, barangan kelengkapan diri, alat kosmetik, penjagaan badan, lojistik, operator Umrah & Haji, operator rombongan dan pelancongan Muslim.
-
Pelaburan Islamik, Perbankan dan Takaful:
Institusi dan perunding kewangan Islamik, perbankan Islamik, Unit Amanah Islamik, Pasaran Modal Islam, Takaful (Insurans), Hibah & Wasiat.
-
Penerbitan Al-Quran dan Islamik:
Al-Quran, buku-buku Islamik, Audio dan Video, Kaligrafi, Seni dan Kraf Islamik.
-
Aksesori Islamik dan Fesyen Muslim:
Pakaian, beg, kasut, pakaian beribadah, Hijab dan tudung, aksesori, barangan kulit.
-
Agensi-agensi dan Persatuan-persatuan Kerajaan:
Agensi-agensi kerajaan, Badan-badan Pertubuhan Islam, Agensi-agensi Pensijilan Halal, Pusat-pusat Kajian & Pembangunan Makanan, Agensi Pembangunan Perdangangan, Pusat Pengindustrian Halal (Halal Parks).
-
Peralatan Pembungkusan, Mesin dan Pembekal Makanan:
Oven dan peralatan memasak, sudu garfu, perkakas memasak, peralatan dapur, peralatan gelas, alat menghidang, bekas menyimpan makanan, kemudahan penstoran makanan, mesin memproses dan membungkus makanan.
-
Premis-premis Disahkan Halal:
Rumah penyembelihan, hotel & restoran, perkhidmatan katering, francais makanan segera, kedai-kedai kek, 'delicatessens' dan bakeri.
Apakah syarat-syarat untuk menyertai HALFEST 2012?
HALFEST 2012 dibuka kepada syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai Sijil Halal JAKIM, dan lain-lain badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM atau yang berkredibiliti. HALFEST 2012 juga terbuka kepada pengimpot produk-produk asing yang terdapat di pasaran tempatan dan mempunyai logo Halal yang sah dari negara asal produk tersebut.
Berapakah kos untuk menyertai HALFEST 2012?
Standard Shell Scheme (3m x 3m = 9sqm)
Prime: RM3, 800.00
Standard: RM3, 300.00
Bare Space (minima 18sqm)
Prime : RM400.00 /sqm
Standard: RM350.00 /sqm
Kenapa anda harus melawat HALFEST 2012?
Di HALFEST 2012, pengguna-pengguna tempatan berpeluang untuk mengetahui pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang mendapat sijil Halal dan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di seluruh Malaysia atau produk-produk Halal yang diimpot ke Malaysia. HALFEST 2012 juga menawarkan peluang untuk mengenali produk-produk yang mungkin tidak terdapat di pasaraya dan hanya boleh didapati di sesetengah negeri. Anda juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis produk dan hidangan di HALFEST 2012.
Mengapa anda perlu menyertai pameran di HALFEST 2012?
Pengusaha dan penggiat industri Halal perlu MENYERTAI HALFEST kerana:
- Ia adalah platform terbaik bagi para usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan sebelum menerokai pasaran antarabangsa.
- HALFEST akan memudahkan usaha syarikat-syarikat dan para usahawan tempatan untuk meningkatkan daya saing, kebolehan dan kapasiti pengeluaran bagi memperluaskan dan memantapkan pasaran mereka dengan lebih meluas ke seluruh Malaysia.
- Menyediakan platform interaksi secara langsung antara syarikat, usahawan dan pengguna untuk membetulkan kekurangan dan bersaing dengan lebih berhemah.
- Perniagaan kecil dan sederhana berpeluang untuk membandingkan kualiti dan pembungkusan produk mereka dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang lebih berjaya dan multinasional.
- Ia bertindak sebagai tanda aras buat usahawan-usahawan tempatan untuk menganalisa dan membuat perbandingan antara pencapaian mereka dan para pesaing.
- HALFEST memberi peluang kepada syarika-syarikat dan ushaawan untuk mengenali dan meningkatkan perhubungan dengan pelbagai agensi kerajaan dan peruncit dari serata Malaysia.
- Agensi-agensi kerajaan akan dapat mengenalpasti usahawan berpotensi di bawah bimbingan mereka untuk dibangunkan dengan lebih maju.
Siapakah yang boleh anda temui di HALFEST 2012?
Pengguna, Pengguna dan Pengguna! dari serata Malaysia dan Singapura.
- Pengusaha kedai runcit, pasaraya mini dan Hiper-market
- Pegawai kanan pasaraya-hiper dan agen pemborong tempatan
- Operator restoran dan pegawai kanan hotel
- Komuniti pelabur dan perniagaan tempatan
- Operator francais
- Pegawai-pegawai kerajaan
- Ahli-ahli perniagaan dari pelbaga Dewan Perniagaan
- Ahli-ahli dari pelbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)
- Ejen-ejen pemasaran
- Pelawat-pelawat VIP terpilih
- Selebriti-selebriti tempatan
- Ahli-ahli Media
- Pelawat-pelawat dari negara jiran seperti Singapura dan Brunei
Apakah persidangan dan seminar yang akan dianjurkan sewaktu HALFEST 2012?
- Seminar Usahawan Bumiputra MARA
- Klinik Usahawan Pelajar oleh MARA
- Kongres Halal JAKIM
- Forum Pengguna Islam, Kembalikan Hak & Maruah dengan Bijaksana oleh PPIM
- "Business Mentoring and Business Matching" oleh HDC
- Sesi Taklimat oleh Kementerian Dalam Negeri
- Sesi Taklimat oleh SJ Securities
Apakah aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung di HALFEST 2012?
- Berjumpa dengan selebriti kesayangan.
- Cabaran Dapur Cilik HALFEST
- Pertunjukan Busana “Moslema In Style”
- Pencarian Ratu Resipi Malaysia
- Penampilan Upin & Ipin
- Demo Masakan Wokshop Chef Zam bersama selebriti tanah air
- Bengkel Solekan
- Demonstrasi Pemakaian “Hijab In Style”
- Demonstrasi produk oleh pempamer
- Pertanding-pertandingan A&W
- Persembahan “Voice of UMMI”
- Cabutan bertuah MINES
- Cabaran Teh Tarik F&N
Apa perbezaan di antara MIHAS dan HALFEST?
Siapa yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?
Sila hubungi Sekretariat HALFEST di:
Intan Eidayu Zainal
Komunikasi & PR
Shapers Malaysia Sdn Bhd
Telefon Bimbit: 012 294 8106
Emel: intan@halal.org,my
Tel: 03-6203 4433
Fax: 03-6023 4422
Alamat: Tingkat 8, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur |
|