| Program Sepanjang HALFEST |
|
| TEMUI 10 SELEBRITI POPULAR TANAH AIR! |
Lebih daripada sepuluh artis terkenal tanah air, personaliti TV dan Chef Selebriti akan mengunjungi HALFEST 2013. Selebriti akan melawat ruang pameran, bertemu dengan peminat, menandatangani autograf serta mengambil gambar dengan peminat sepanjang berada di HALFEST. Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah – mesra bersama mereka dan abadikan kenangan ini melalui gambar!
|
| DEMONSTRASI KECANTIKAN DAN KOSMETIK HALAL |
Inilah masa terbaik untuk mempromosikan produk kecantikan dan kosmetik baru anda kepada semua pengunjung HALFEST! Demonstrasi ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba pelbagai rangkaian produk baru sebelum membeli.
Kehadiran duta produk anda juga dapat menarik lebih ramai pengunjung sambil memberi lebih pendedahan tentang jenama anda melalui bengkel persolekan yang dapat memberikan petua dan cara untuk meningkatkan kecantikan untuk manfaat para pengunjung.
|
| HALAL HUNT |
Halal Hunt adalah pertandingan mencari maklumat produk atau syarikat yang berada di HALFEST dimana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan! Pempamer HALFEST yang mengambil bahagian secara langsung dapat mempromosikan produk dan jenama mereka dengan cara yang lebih unik!
|
| DEMONSTRASI MAKANAN OLEH CHEF SELEBRITI |
Sejak dianjurkan, demo masakan bersama-sama selebriti mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selebriti popular yang hadir ke HALFEST akan mempersembahkan skil masakan mereka kepada pengunjung yang datang. Inilah peluang untuk pempamer HALFEST untuk menjadi sebahagian dari program demonstrasi melalui penajaan produk.
|
| KIDZONE |
Seluruh tingkat atas Mezzanine akan dijadikan tempat pelbagai aktiviti dan program khusus untuk si cilik. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Melukis Potret, Aktiviti Seni Pasir Berwarna, Menari Bersama Maskot, Pertandingan Pakaian Beragam, Pertandingan Ibu dan Anak Serupa, Badut membentuk Belon Beraneka Rupa, Penjugel dan banyak lagi.
Ruangan ini memudahkan ibu bapa melawat ke setiap ruang pameran sementara si kecil mengasah bakat melalui pelbagai aktiviti yang disediakan!
|
| PERTANDINGAN MEMASAK DAPUR CILIK |
Saksikan bakal chef yang berusia antara 7 hingga 12 tahun menyediakan pelbagai hidangan bagi merebut Hadiah Utama! Meskipun baru berusia setahun jagung, para peserta akan menunjukkan kemahiran dalam menyediakan menu yang dicadangkan. Pempamer HALFEST yang menaja program ini dalam bentuk hadiah, bahan masakan atau kelengkapan memasak akan mendapat pelbagai faedah yang disediakan dari pihak penganjur!
|
| PERTANDINGAN MEMASAK RATU RESIPI |
Serlahkan produk anda melalui tajaan pencarian RATU RESIPI! Peserta berumur 25-60 tahun yang terdiri daripada suri rumah, wanita berkerjaya, ahli Wanita Umno dan lain-lain akan bertanding untuk bergelar Ratu Resepi di pertandingan yang akan diadakan selama 4 hari berturut-turut. 6 orang peserta berbeza akan bertanding selama 4 hari dan mereka akan dikehendaki mencipta satu masakan yang unik, sedap, dan mempunyai persembahan yang baik.
|
| ARTISTS CORNER |
Membeli sambil beramal! Demi membantu seniman veteran yang uzur dan memberi peluang kepada artis-artis Malaysia yang mempunyai perniagaan dan memerlukan pendedahan, kerjasama bersama SENIMAN akan diadakan dalam menjemput artis-artis di bawah naunganya untuk hadir ke HALFEST dan membuat jualan barang-barang kenangan milik mereka untuk mengumpul dana dan disalurkan kepada veteran uzur. Aktiviti-aktiviti seperti beramah mesra dengan artis-artis yang hadir juga akan meningkatkan lagi jumlah pengunjung, terutama golongan penggemar artis zaman dahulu.
|
| SEMBANG PETANG BERSAMA USAHAWAN BERJAYA |
Personaliti terkenal di dunia perniagaan akan dipelawa untuk memberi sesi motivasi dan melawat tapak pameran. Jangan lepaskan peluan untuk mendekati dan menimba ilmi dari usahawan sukses Negara.
|
| FIESTA BUAH-BUAHAN FAMA & LAMAN AGROMAS |
Terletak di tingkat Mezzanine bersebelahan dengan Canal Café yang akan berfungsi sebagai Food Court sepanjang HALFEST 2013, usahawan industri buah-buahan di bawah naungan MOA diberi peluang untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pengunjung HALFEST 2013 pada harga borong/berpatutan, selain memberi platform penjenamaan kepada pihak FAMA untuk mempromosikan rangkaian produk Agromas melalui aktiviti-aktiviti menarik.
|
| MINGGU PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL |
Satu program inisiatif Bank Negara Malaysia dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang perbankan Islam dan takaful. Pengendali perbankan Islam dan takaful di bawah AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions Malaysia) dan MTA (Malaysia Takaful Association) akan menganjurkan pelbagai aktiviti ‘roadshow’ ke bandar-bandar utama di seluruh negara, penerbitan rencana serta penganjuran forum dan seminar semasa HALFEST 2013.
|