Tarikh: 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa: 2.30 - 6.00 petang
Tempat: Dewan Tun Dr Ismail
HALFEST dengan bangganya mempersembahkan Majlis Peragaan Busana “MoslemaIn Style” bersempena HALFEST 2012.Majlis ini akan menampilkan pereka fesyen muda yang penuh dengan inspirasi baru dalam dunia fesyen dengan membawa jenama Emystic, Saris Couture, Minaz, Salsabeela Muslimah Attire, Zafa Scarf, KZNabihah dan Bil Emaan.
Majlis pertunjukan fesyen ini akan memperagakan koleksi busana muslimah yang terbaru dan eksklusif berkonsepkan “Casual & Trendy” dan “Glamour Night”. Dengan pelbagai rekaan kreatif dan pilihan warna yang segar dan terkini, busana ini tetap mengekalkan kesopanan dan keanggunan si pemakai.
Dengan kehadiran Heliza Helmi sebagai pengacara dan Noryn Aziz sebagai artis jemputan yang akan membuat persembahan, majlis ini juga agak unik kerana hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja.
Majlis ini juga turut mengundang selebriti berhijab seperti Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Diana Amir, Farah Asyikin dan lain-lain lagi. Ia juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa “blogger” terkenal iaitu Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Cik Epal, Ieda&Iena Mansor dan lain-lain lagi.
Ini merupakan peluang kepada peminat-peminat fesyen berhijab untuk bersama dan bermesra dengan pereka fesyen dan selebriti berhijab dalam majlis yang lebih santai. MAklumat lanjut boleh di dapati secara online di laman web www.moslemainstyle.com.